Sunday, 4 February 2018

Apa itu Kolej Vokasional (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t



Okay, nysa sambung untuk info mengenai Kolej Vokasional. Sebelum ni nysa terangkan apa itu kolej vokasional and kursus-kursus yang ditawarkan. Kali ni nysa cerita sendiri pengalaman nysa masuk kolej vokasional. Sebenarnya, nysa merupakan graduan Kolej Vokasional di Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Nysa ambil kursus Pengurusan Perniagaan. So nysa study dekat sini selama 4 tahun, bermula pada tahun 2013 hingga 2016. Dekat Kolej Vokasional Kuala Klawang ni ada 4 kursus yang ditawarkan. Kursus Elektrik, Elektronik, Pengurusan Perniagaan and Kesetiausahaan Pentadbiran. 

Bagi nysa kan, kolej vokasional ni seronok sangat sebab kita ikut kemahiran dan bidang yang kita minat. Macam-macam kemahiran yang diajar oleh pensyarah-pensyarah. So, untuk yang masih ragu-ragu untuk masuk Kolej Vokasional ni, sebenarnya jangan lah risau sangat. Sebabnya kv ni dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kv ni masih ambil SPM untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Jadi parent takperlu nak risau sangat. Nanti dah habis belajar di kv ni, pelajar dapat DVM tau iaitu Diploma Vokasional Malaysia seawal umur 19 tahun. Seronok sangat dapat diploma awal, diploma kemahiran pulak tu. 

So takde masalah kalau korang semua nak masuk kolej vokasional ni. Korang boleh belajar banyak kemahiran. So jangan lupa apply bila korang dah habis PT3 nanti. Semoga menjadi insan yang berjaya. 


 Kawan-kawan nysa di KV Kuala Klawang. Ni semua pelajar pengurusan perniagaan.



THE END



Apa Itu Kolej Vokasional (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Harini nysa nak kongsi info sikit mengenai KV atau lebih dikenali sebagai Kolej Vokasional. 
Nysa dapat tau ramai ibu bapa yang ragu-ragu tentang Kolej Vokasional. So, biar nysa terangkan sedikit mengenai Kolej Vokasional ni.


APA ITU KOLEJ VOKASIONAL?



Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan. 
Kolej Vokasional menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Kursus yang ditawarkan:
A. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  1. Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
  2. Teknologi Elektronik (Electronics Technology)
  3. Teknologi Mekatronik (Mechatronics Technology)
  4. Teknologi Telekomunikasi (Telecommunication Technology)
B. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  1. Teknologi Pemesinan Industri (Industrial Mechining Technology)
  2. Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
  3. Teknologi Automotif  (Automotive Technology)
  4. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (Air Conditioning  And Refrigeration Technology)
  5. Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Acuan) (Mould)
  6. Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Alat Pemotong) (Metal Stamping Die)
C. Teknologi Kejuruteraan Awam
  1. Teknologi Pembinaan (Construction Technology)
  2. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan (Timber Processing and Finishing Technology)
  3. Teknologi Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Bangunan (Building Services and Maintenance Technology)
D. Hospitaliti & Pelancongan
  1. Seni Kulinari (Culinary Arts)
  2. Bakeri dan Pastri (Bakery and Pastry)
  3. Pelancongan (Tourism)
E. Pengajian dan Perkhidmatan Masyarakat
  1. Fesyen Dan Membuat  Pakaian (Fashion And Dressmaking)
  2. Kosmetologi (Cosmetology)
  3. Pengajian Awal Kanak-Kanak (Early Chilhood Education)
F. Perniagaan
  1. Pengurusan Perniagaan (Business Management)
  2. Kesetiausahaan Pentadbiran (Administrative Secretary)
  3. Perbankan (Banking)
  4. Insuran (Insurance)
  5. Pemasaran (Marketing)
  6. Pengurusan Peruncitan (Retailing Management)
  7. Perakaunan (Accountancy)
G. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  1. Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking Technology)
  2. Multimedia Kreatif (Animasi) (Creative Multimedia (Animation))
  3. Rekabentuk Grafik Industri (Print Media) (Industry Graphic Design (Print Media))
  4. Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (Database Management System And Web Application)
H. Pertanian
  1. Agroindustri Tanaman (Plants Agro -industry)
  2. Agroindustri  Ternakan Ruminan (Ruminant Agro-industry)
  3. Agroindustri Ternakan Poltri (Poultry Agro-industry)
  4. Mekanisasi Agro (Agro Mechanisation)
  5. Herba (Herb)
  6. Bioteknologi (Biotechnology)
  7. Akuakultur (Aquaculture)
  8. Holtikultur Hiasan (Ornamental Horticulture)
  9. Landskap (Landscape)
  10. Pemprosesan Hasil Pertanian  (Agriculture Products Processing)
  11. Florikultur  (Floriculture)

Sumber : https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/404/


THE END





Little Pink Cupcake

Assalamualaikum w.b.t



Hi semua. Okay before cerita panjang-panjang, saya introduce dulu siapa diriku ini. Nama diberi Nisa Farhana, but just call me Nysa. Umurku .... hahahaha tkperlu tau lah. Biarlah rahsia. Tinggal di Selangor. Saya anak sulung daripada 3 adik beradik. Garang ke? Well, mestilah garang. Kalau tak garang, adik pijak kepala woii. Hahaha. 

Okay rasanya cukup lah cerita mengenai diri saya. Kita cerita pasal blog pulak. Saya sebenarnya dah banyak kali buat blog tapi tak ingat password, al maklumlah time tu tkmatang lagi, jadi blog tu banyak merepek meraban. hahahaha. Lupakan kisah lama.  So kali ni saya buat blog ni tujuannya nak share-share tips. Tak kisahlah pasal kecantikan ke, fashion ke, makanan ke. Asalkan tips2 tu berguna. Selain tu, saya share maklumat2 lahh yang saya tau. Yg penting bukan gossip2 artis lah. Taknaklah buat dosa banyak2. Kita ni nak cari pahala share benda2 baik. cewahh. Gituhhhh.  

Saya juga akan buat review mengenai produk2 kecantikan or fashion. Insha Allah, segala yang saya share ni berguna untuk anda semua. 

Jadi lepasni bolehlah tengok-tengok blog saya ye. Terima kasih kerana baca. Semoga hari anda semua indah. 


THE END