Sunday, 4 February 2018

Apa itu Kolej Vokasional (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t



Okay, nysa sambung untuk info mengenai Kolej Vokasional. Sebelum ni nysa terangkan apa itu kolej vokasional and kursus-kursus yang ditawarkan. Kali ni nysa cerita sendiri pengalaman nysa masuk kolej vokasional. Sebenarnya, nysa merupakan graduan Kolej Vokasional di Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Nysa ambil kursus Pengurusan Perniagaan. So nysa study dekat sini selama 4 tahun, bermula pada tahun 2013 hingga 2016. Dekat Kolej Vokasional Kuala Klawang ni ada 4 kursus yang ditawarkan. Kursus Elektrik, Elektronik, Pengurusan Perniagaan and Kesetiausahaan Pentadbiran. 

Bagi nysa kan, kolej vokasional ni seronok sangat sebab kita ikut kemahiran dan bidang yang kita minat. Macam-macam kemahiran yang diajar oleh pensyarah-pensyarah. So, untuk yang masih ragu-ragu untuk masuk Kolej Vokasional ni, sebenarnya jangan lah risau sangat. Sebabnya kv ni dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kv ni masih ambil SPM untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Jadi parent takperlu nak risau sangat. Nanti dah habis belajar di kv ni, pelajar dapat DVM tau iaitu Diploma Vokasional Malaysia seawal umur 19 tahun. Seronok sangat dapat diploma awal, diploma kemahiran pulak tu. 

So takde masalah kalau korang semua nak masuk kolej vokasional ni. Korang boleh belajar banyak kemahiran. So jangan lupa apply bila korang dah habis PT3 nanti. Semoga menjadi insan yang berjaya. 


 Kawan-kawan nysa di KV Kuala Klawang. Ni semua pelajar pengurusan perniagaan.



THE END



No comments:

Post a Comment