Assalamualaikum w.b.t
Harini nysa nak kongsi info sikit mengenai KV atau lebih dikenali sebagai Kolej Vokasional.
Nysa dapat tau ramai ibu bapa yang ragu-ragu tentang Kolej Vokasional. So, biar nysa terangkan sedikit mengenai Kolej Vokasional ni.
APA ITU KOLEJ VOKASIONAL?
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Kolej Vokasional menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
Kursus yang ditawarkan:
A. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
- Teknologi Elektronik (Electronics Technology)
- Teknologi Mekatronik (Mechatronics Technology)
- Teknologi Telekomunikasi (Telecommunication Technology)
B. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Teknologi Pemesinan Industri (Industrial Mechining Technology)
- Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
- Teknologi Automotif (Automotive Technology)
- Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (Air Conditioning And Refrigeration Technology)
- Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Acuan) (Mould)
- Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Alat Pemotong) (Metal Stamping Die)
C. Teknologi Kejuruteraan Awam
- Teknologi Pembinaan (Construction Technology)
- Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan (Timber Processing and Finishing Technology)
- Teknologi Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Bangunan (Building Services and Maintenance Technology)
D. Hospitaliti & Pelancongan
- Seni Kulinari (Culinary Arts)
- Bakeri dan Pastri (Bakery and Pastry)
- Pelancongan (Tourism)
E. Pengajian dan Perkhidmatan Masyarakat
- Fesyen Dan Membuat Pakaian (Fashion And Dressmaking)
- Kosmetologi (Cosmetology)
- Pengajian Awal Kanak-Kanak (Early Chilhood Education)
F. Perniagaan
- Pengurusan Perniagaan (Business Management)
- Kesetiausahaan Pentadbiran (Administrative Secretary)
- Perbankan (Banking)
- Insuran (Insurance)
- Pemasaran (Marketing)
- Pengurusan Peruncitan (Retailing Management)
- Perakaunan (Accountancy)
G. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking Technology)
- Multimedia Kreatif (Animasi) (Creative Multimedia (Animation))
- Rekabentuk Grafik Industri (Print Media) (Industry Graphic Design (Print Media))
- Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (Database Management System And Web Application)
H. Pertanian
- Agroindustri Tanaman (Plants Agro -industry)
- Agroindustri Ternakan Ruminan (Ruminant Agro-industry)
- Agroindustri Ternakan Poltri (Poultry Agro-industry)
- Mekanisasi Agro (Agro Mechanisation)
- Herba (Herb)
- Bioteknologi (Biotechnology)
- Akuakultur (Aquaculture)
- Holtikultur Hiasan (Ornamental Horticulture)
- Landskap (Landscape)
- Pemprosesan Hasil Pertanian (Agriculture Products Processing)
- Florikultur (Floriculture)
Sumber : https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/404/
THE END
No comments:
Post a Comment